Cool Neon Green Outer Glow Pointer
zuraida zulhilmi

tersangat lah keboringan arini...plan tuk mengupdate pusat akses terpaksa ditunda....material enggak cukup...layan facebook terbaca post ni kat wall sorg member,...sangat mencuit hati hokay..

Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku

"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas

"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus

membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!

Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu

sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin

one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya

memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without

You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa

Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!

zuraida zulhilmi
Ramai orang mencuri untuk sebab yang berlainan. Ada yang mencuri kerana terdesak, ada yang mencuri kerana habit yang tak dapat dilepaskan, ada yang mencuri untuk menjadi lebih kaya.

Yang ni mencuri di kedai buku agama. buku agama pon nak curi. bukan satu, tapi 18 buku terus.







zuraida zulhilmi
KOTA BHARU: Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.
Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.
-kosmo-

di link di bawah ade video :

http://www.ohtidak.com/oh-kejadian-bunuh-diri-di-kb-mall/
zuraida zulhilmi

Berikut merupakan kemungkinan-kemungkinan yang masih harus diteliti lebih lanjut tentang awan gempa.

Ciri-ciri:

- Munculnya secara tiba-tiba.
- Muncul dari suatu titik tertentu yang posisinya tetap.
- Bentuknya tidak biasa jika dibandingkan dengan awan hasil proses kondensasi(sirus, stratus, dan cumulus).

Peristiwa yang kemungkinan disebut awan gempa:

- China muncul awan gempa pada 25 Oktober tahun 1622 terjadi gempa besar berkekuatan 7 SR di Guyuan, Provinsi Ningxia, China barat.

- Pada 1978, yaitu sehari sebelum gempa Kanto di Jepang, Walikota Kyoto Kagida melihat awan aneh yang kemudian disebut awan Kagida dan dia memperkirakan sumber gempa di titik paling tengah awan gempa, tetapi setelah beberapa tahun ( 1985) dia menduga sumber gempa berada di titik awal mula terjadinya pembentukan awan.

- 17 Januari 1994 muncul awan seperti asap roket di sekitar Northride, Amerika Serikat (AS). Sehari kemudian terjadi gempa.

- 13 Februari 1994 muncul awan berbentuk gelombang di Northride, AS, dan 20 Maret 1994 terjadi gempa besar.

- 31 Agustus 1994 awan berbentuk bulu ayam di Northern, California, AS.Sehari kemudian, yakni pada 1 September 1994 terjadi gempa di daerah setempat.

- Awan gempa di Jepun tahun 1995, yang kemudian terjadi gempa bumi.

- Awan seperti sinar terjadi di kawasan Joshua Tree, AS pada 22 Juli 1996, dan 23 harikemudian terjadi gempa.

- 20 Desember 2003 di langit sekitar Bam, Iran, muncul awan memanjang,empat harikemudian terjadi gempa berkekuatan 6,8 SR.

- 12 Juli 2006 sebagian masyarakat di Yogyakarta melihat awan putih memanjang di langit di atas kota. Lima hari kemudian Pangandaran, Kabupaten Ciamis, Jawa Barat, diguncang gempa dan tsunami. Banyak korban manusia akibat bencana itu.

- Tiga hari sebelum gempa besar mengguncang wilayah Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) dan Kabupaten Klaten (Jawa Tengah) 27 Mei 2006, masyarakat sekitarnya melihat gejala alam yang aneh berupa awan yang berbentuk aneh.

Umumnya, awan-awan aneh tersebut selalu muncul sebelum terjadi gempa berkekuatan di atas 5,5 SR dengan rentang waktu 1-100 hari.

Proses terbentuknya ada beberapa kemungkinan:

Anomali perubahan medan magnet,saat aktivitas di dalam kerak bumi meningkat akibat kenaikan temperatur, muatan listrik terpolarisasi, sehingga meningkatkan konduktivitas listrik dan medan magnet, yang kemudian menyebabkan terjadi perubahan medan magnet bumi.Perubahan ini yang menarik awan ke arah bumi.

Gesekan di sumber gempa (episentrum) yang menghasilkan rekahan di dalam bumi serta menimbulkan panas dan panas yang mendidihkan air tanah sehingga menguap. Akibat temperatur dan tekanan sangat tinggi, uap air tersebut keluar melalui celah-celah rekahan ke permukaan bumi jika kondisinya memungkinkan uap air itu akan bertemu dengan udara dingin dan terbentuklah awan.

zuraida zulhilmi

now at ipoh....dah lama x balik kampung ni...sampai je umah opah zahra nangis...yelah sebab lom kenal orang lagi....lama skit start la dia....ke sana ke mari....non stop....menjelajah kawasan...malam senang je tido...letih punya pasal......

risau sikit bila balik ipoh ni hubby suka bawak g jalan2 cari makan.....dah la beberapa kilo masih sukar dibuang ni nak menambahkan lagi lak....tapi kan memang xdapat nak tolak sebab marvelousssss sesangat...

esok dah nak balik tapi maybe next week balik lagi....nak bagi zahra rapat ngan keluarga kat sini....anyway malam ni jangan lupa tengok raja lawak...agak2 saper yang menang ek?????muahahahaha
zuraida zulhilmi
arini cuti2 Malaysia....agak stress tuk bekerja disebabkan perkara2 tertentu....mode:riang ria


lepak kt umah ngan si kecil molek...kang en.sebend nak datang amik...nak g kenduri....tengah hari ni xyah masak la....masak petang kang lah....barang2 tuk menu petang ni dh siap....tinggal nak masak je lagi...hehehhe

esok plan nak balik ipoh...INSYAALLAH klu xde aral melintang leh balik kampung esok...dah lama x balik kampung...zahra dah rindu kat opah dia...klu jadi balik esok sampai sabtu la....leh jalan2 kat ipoh lak.....nak g mane ek???any idea???
zuraida zulhilmi







lena nya tidor if dapat bilik2 macam ni..sesuai utk anak perempuan..warna putih,pink hijau mmg masyuk sgt cantik kan..semuanya teringin nak wat cam nilah cam tulah...harap my dream comes true..perabot semua white colour mmg sgt2 teruja if zahra dapat bilik cam tu..bilakah masanyer..huhu..sebenarnya tak de pe nak citer + buhsan tersgt layan gambar dekor hiasanpon beshhh..tup-tup nampak bedroom yg cantik2 terus save gambar2 ni..hehe


zuraida zulhilmi


1)Kurang kuar duit

~Ye la bila korang single kurang kuar shopping ngn gf/bf korang so kurang kuar duit..tp kalau korang kuar dating guna duit mak bapak korang memang duit korang tak kurang lah sbb duit org lain yg kurang hehehe..bg yg bf plak kurang blanja makan awek dia hehe..kurang duit sbb kurang tgk wayang..hehe..


2)Kurang tengok wayang
~Ada yg jenis kapel yg suka tgnk wayang so bila dh single kurang lah tgnk wayang..nk ajak kawan tgnk wayang kawan pun kedekut taik hidung masin hehe..kurang tgnk wayang mean kurang dosa sikit hehehe.dosa ke tgnk wayang ngn bf/gf?erm..no komen hehehe....korang pikir lah sendiri



3)Kurang berat badan kot
~ini hanya applicable tuk yg jenis kuar dating je mkn mcm2..mcd lah, secret recipe lah, kefc lah..tp org ckp bila makan depan awek ni mcm makan time kawin..makan sikit je sbb nk jaga image..betul ke hehehehe....entah aku pun tak tahu..


4)Kurang pening kepala
~Kalau korang single korang tak pening kepala sebab korang tak pening bila gaduh2 ngn gf/bf korang..korang tak yah memeningkan kepala korang sbb nk jaga hati sbb cemburu ke ape ke...kapel kalau tak gaduh2 sikit tu memang bukan kapel lah tu..sedangkan lidah lagi tergigit..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..sowi peribahasa takde kene mengena hahaha....


5)Kurang SMS dan Call
~Bagi yang kapel korang tahu lah SMS setiap saat..nape aku ckp setiap saat sbb kawan aku camtu hahaha.even kalau boleh tengah berak pun nk sms haha..sms sehari beribu..kaya maxis, celcom hehe..so bila korang single kurang sms ngn call..so kurang lah top up..mcm aku hp aku main campak2 je..hehe..jarang sgt pegang hp.kurang belek2 hp..especially girl okey hehehe..jgn marah..kalau aku pegang hp pun sbb bergaya depan org hahahaha....wut da fish hehe




6)Lebih banyak masa duk umah
~Kalau korang single korang byk masa duk umah sbb tak kuar dating..mcm aku masa bnyk abis blogwalking, tgnk movie2 action ngn movie tangkap lentok..drama jepun ngn korea gak kenkadang..



7)Lebih banyak masa untuk hobi
~Mcm aku hobi aku main badminton so kalau boleh balik keje je aku nak main badminton..takde sape nak halang kan hehehe...ada org hobi mancing....jgn terkejut kalau aku ckp ada org putus kapel sbb hobi sbb kawan aku ada putus sbb badminton..antara awek dan badminton kawan aku mintak pilih..dia pilih badminton hahahahahaha......antara KLCC dan awek yg mana korang pilih..haha ni contoh kes video comolot depan pavilion tu hehe



8)Lebih banyak masa untuk kerja
~Kalau korang single korang lebih bnyk masa tuk kerja..mcm aku sendiri lebih banyak duk opis..even hari minggu pun g opis bowinkk dowh duk umah..



9)Lebih banyak masa tuk kengkawan dan family
~Ye lah kalau single korang bnyk masa spend time ngn kengkawan korang kan..bnyk masa leh abis kan ngn family kita.....kalau kapel kena spend time ngn family si dia plak..eh korang spend time ngn family si dia ke?ermm..hehehehe...



10)Kurang buat dosa!!!
~Yup kalau korang kurang kuar dating kurang lah dosa kan hehe..lg2 kalau yang jenis dating je nk pegang2 tangan, gedik2 ngn gf/bf lg bnyk dosa kan..hehe..so sape ckp kurang dating tu tak bagus..bagus ape hehe...jgn dating..kawin dulu k hehehe..peace


zuraida zulhilmi


Ciri-ciri botol susu bayi adalah "BPA Free" - susulan pengharaman botol BPA oleh kerajaan Malaysia

Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.




Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Kebiasaanya ada label PC dan 7

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.



Antara produk "BPA free" - banyak lagi rasanya produk2 lain




b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat (Botol susu yang mengandungi BPA)

* Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
* Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
* Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
* Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.



Selain tu utk makluman semua, botol air yang ada BPA ni banyak ada kt pasaran, kalau tengok label bawah botol ada tanda PC(7). Berdasarkan makluman kementerian kesihatan, botol BPA ni tak sesuai utk baby/kanak2 je. So kita yg org dewasa ni masih boleh guna.
zuraida zulhilmi
menang...menang...menang....dengan Lin Dan lagi tu...cayalahhhh!!!!!straight set u....for certain2 part i'm proud to be malaysian ok...21-17 21-17 gitu...sangat cemerlang...

so tahniah buat Datuk Lee Chong Wei for the great victory!!!
zuraida zulhilmi



korang nak google korang macam ni.. letak background ikut suke korang..
mudah jek.. korang sign in google..

korang tekan kat sebelah kiri google ada untuk upload gambar...
pastu background jadi la seperti korang upload..
yang penting kene sentiasa sign in.. baru background sentiasa ada...

-zirro-





zuraida zulhilmi
Assalamualaikum buat pengujung blog razzozirro

Dewasa ini hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang" di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.


zuraida zulhilmi







zuraida zulhilmi
saje aku nak kasi tutorial sikit, nak hidden tuk simpan ape terpulang kat korang.. huhuu... mungkin ade benda penting korang tak nak org tau.. leh guna cara ni selain dari hidden file...

Bagaimana anda menyembunyikan folder anda? Kepada mereka yang sudah biasa dengan Windows, mereka akan klik kanan > Properties > tandakan pada Hidden dan klik OK.


Tetapi ada satu lagi cara yang lebih menarik. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder-folder lain. Ia hanya menyembunyikan folder tersebut dari pandangan.


Paling menarik walaupun anda tukar ke ‘Show Hidden File’ sekalipun, folder ini tidak akan kelihatan!



CARA-CARA :

1. Buat satu folder di mana sahaja tempat yang anda suka (klik kanan > New > Folder)
2. Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.
3. Tekan butang ‘Alt‘ (selalunya sebelah spacebar) dan taip ‘0160‘ (mesti menggunakan Numpad – nombor-nombor yang di sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.
4. Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!
5. Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tidak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)



6. Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda tidak kelihatan.

zuraida zulhilmi



arini hari wanita yang ke 100...wahhhh...seratus tu....so special day ni i nak ucap la happy women's day for me, my mother,my mother i law,family members, friends n to all women out there...


sebut pasal wanita ni memang sinonim la ngan mengandung...iyolah mana ada lelaki yang mengandung kan....oppssss...ada2 tapi lelaki mengandung yg x bersalin2...hehehhe....cita bab mengandung ni mesti ada yang ingat i mengandungkan.....jeng...jeng...jeng...lom rezeki lagi la.....yang cita bab mengandung ni bukan apa best tgk kawan yang dah mengandung semula...menambahkan bilangan ahli keluarga....tak lupa gak kawan2 yang first time preggy...leh rasa perasaan excited dorg...macam i dulu2...hehehhee....

so SELAMAT HARI WANITA...


zuraida zulhilmi


ada la peningkatan sedikit walau pon tak banyak mana... huhuhu...
takpe.. sikit2 lama2 jadi bukit.... betul tak....
korang plak yang belum join... bila nak join..
kalau rasa nak join.. boleh klik kat sini yer... ;p

http://www.churpchurp.com

mana tau korang plak lebih advanced dari aku...
cepat jek duit tu nak naik... huhu....
good luck u all yang nak buat duit... :)

bleh baca info dia disini http://www.churpchurp.com/learn-more/


zuraida zulhilmi





diam tak diam dah 2 tahun usia perkahwinan kami......Alhamdulillah...bersyukur sangat kerana cinta ini masih lagi utuh dan semoga ikatan ini akan terus berkekalan selamanya....sampai hujung nyawa la orang kata....

29.04.2008 ~actually xtahu macam mana leh jatuh cinta ngan hubby i...1st time jumpa masa lapor diri kat Putrajaya....ni lah dikatakan jodoh...lepas 3 bulan rombongan merisik datang...syukur diterima oleh keluarga.....kemudian 4 oktober 2008 ~ ikatan ini dikuatkan lagi dengan pertunangan...masih lagi dalam proses mengenali hati budi...tapi lebih indah kerana dia bakal bertakhta di hati....7 march 2009 ~ dengan sekali lafaz sah menjadi miliknya....perasaan yang tidak mampu diucapkan dengan kata....dia kini milikku dan aku kini milikmu....cewahhhhhh....bertemu lah dua hati dalam ikatan yang suci yang direstui....memang betul kata orang bercinta selepas berkahwin lebih nikmatnya....7 march 2011 ~ikatan ini lebih kukuh dengan cinta yang saling bertaut dan dengan kehadiran puteri comel zahra batrisyia zulhilmi....semoga cinta dan kasih ini kekal abadi selamaya....amin

arini mode jiwang ++...so bagi mengimbau kembali hari bersejarah kami kat sini ada gambar-gambar sekitar majlis....





^_^

zuraida zulhilmi
hari ni sambut besday zahra batrisyia..
sambut dgn family2 je... kecil-kecilan jek..
tapi letih sungguh... dari pg hingga malam..
seronok nan letih.. hehehehe..
terima kasih kepada yang sudi hadir...
dan bagi hadiah...












bagi pihak kami suami isteri mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis ni...dan INSYAALLAH semoga majlis2 seperti ini dapat merapatkan ikatan kekeluargaan kita semua.....amin
zuraida zulhilmi
petang tadi selepas balik kerja...
bawak zahra tengok2 luar.. sambil tu ajar berjalan..
selalu klu nak jalan mesti dia nak pegang...
bila lepas berdiri jek.. pastu ajar la die langkah setapak2 perlahan2..
dia ikut sikit2 jek.. pastu tak nak dah...
tadi, die rasa seronok kot.. berjalan pelan2 tak mau mau...
yang paling best nye.. dah la baru je boleh jalan..
siap main baling bola plak tu....
boleh tengok zahra berjalan sambil main bola kat bawah ni...


zuraida zulhilmi

1st beli tudung untuk zahra.. mulanya nak beli awal lagi...
tapi tudung semua besar, hari tu pegi expo.
kebetulan nampak tudung dan muat pulak..
terus belikan.. mula2 tu, bagi pakai susah jugak..
asyik nak tarik je... bagi pakai mana dan jek..
pastu tak bagi dia buka.. lama2 ok dah...

kat bawah ni gambar telatah zahra...









sungguh manis zahra pakai tudung. ngan senyuman yang menawan... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

oh!belog

gengcyber.com

blogobo.com

JOM KITA TAMBAH DUIT - klik di bawah

Image hosted by servimg.com