MASALAH BIASA PC DAN PENYELESAIANNYA
Komputer peribadi adalah alat elektronik yang boleh mengalamai kerosakan. Sebagai pengguna kita perlu mengetahui dan mengenalpasti sebarang masalah biasa yang sering berlaku terhadap komputer peribadi. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih besar disampin dapat menjimatkan masa dan wang.
Langkah Penting:
1. Jangan Panik: Bila sesuatu yang tidak betul berlaku kepada pc, anada perlu mengalih pandangan dengan melakukan perkara lain seperti minum secawan kopi atau sekeping roti. Dengan cara ini, anda akan dapat merasa tenang dan lebih bersedia untuk melakukan sesuatu dengan mengikuti langkah-langkah berikutnya.
2. Harap sesuatu yang luar biasa akanberlaku: Terdapat juga banyak kejadian yang tidak dapat diterangkan dengan mudah, tetapi sering berlaku. Kadangkala apabila anda dapati masalah dengan komputer andam anda hanya perlu mematikan suiz pada pc dan hidupkan semula selepas seketika dan anda mendapati segala masalah yang anda hadapi sebelumnya akan hilang. Komputer anda dapatberfungsi seperti sediakal.
3. Permudahkan masalah: Apabila didapati pc anda mengalami masalah, bukan semua bahagian yang terdapat di dalam pc menjadi penyebab. Selalunya satu kompenan tertentu sahaja yang menjadi penyebab. Contohnya bila anda tidak dapat mencetak dokumen tertentu, punca masalah mungkin disebabkan perisian pencetak, kabel dari pc ke pencetak atau bagaimana anda membuat setup terhadap Windows. Semak "error massage" yang dipaparkan dan cuba tutup dan buka semula pc. Sekiranya masih juga tidak dapat mencetak, cuba keluar dari Applikasi Windows dan cetak dengan menggunakan arahan dalan DOS. Semua langkah yang disarankan diatas bertujuan untuk memudahkan masalah dan mencari penyebab kepada masalah tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan untuk memudahkan masalah adalah seperti berikut:
a) Buat ramalan untuk menentukan apakah kompenan yang besar kemungkinan menjadi penyebab
kepada masalahtersebut. Asingkan masalah tersebut kepada masalah perkakasan atau
perisian. Misalnya jika monitor tidak mempamirkan paparan yang sepatutnya, kemungkinan
yang bermasalah ialah mungkin monitor atau "video adapter".
b) Semak apakah perubahan terkini yang telah anda lakukan kepada pc anda. Kesan-kesan dari
instalasi kad baru atau 'driver" kepada perkakasan tertentu tidak ditunjukkan dengan serta
merta. Kesan yang lain akibat dari pertambahan ini ialah kita perlu membuat perubahan kepada
CONGIG.SYS atau AUTOEXEC.BAT. Atas alasan ini, kita perlu membuat "back-up" kepada
kedua-dua fail ini sebelum menambah perkakasan baru. Jika anda memasukkan perisian yang
berasaskan Windows, anda juga perlu back-up WIN.INI dan SYSTEM.INI. Dengan cara ini, jika
terjadi sesuatu masalah, kita boleh melakukan proses menyalin semula.
c) Perisian atau perkakasan?. Kebanyakkan daripada masalah yang timbul disebabkan oleh
perisian dan "memory conflicts". Uji pc anda dengan perisian yang berbeza sebelum anda
beralih kepada perkakasan.
d) Tukar kompenan dari komputer yang lain. Uji semula komputer anda dengan mengambil
kompenan dari komputer yang baik dan cuba kepada komputer yang rosak. Adakah masalah
yang anda hadapi dapat diatasi? Sekiranya ia dapat diatasi ganti dengan kompenan tersebut.
4. Beri perhatian kepada pc semasa proses "Book-up". Paparan di monitor semasa ujian POST dan semasa pc melaksanakan program dari CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT selalunya dapat
membantu kita mengenali masalah. Selalunya paparanini akan digulung dengan cepat dan anda perlu menekan kekunci F5 untuk mendapat paparan dalam bentuk baris demi baris. Anda perlu menjawab soalan untuk bergerak ke baris berikutnya. Dengan cara ini segala mesej yang dipaparkan dapat dianalisis. Dengan juga bunyi yang dihasilkan semasa proses "book-up" bunyi beep yang dihasilkan juga dapat memberi maklumat.
( (Beeps) > = Pendek && = Panjang | Paparan | Kemungkinan Masalah |
Tiada | Tiada | Bekalan kuasa |
Tiada | Kursor sahaja | Bekalan kuasa |
Tiada | DOS Prompt | Speaker |
> | DOS Prompt | Normal |
> | Paparan Asas | Disk |
> | Tiada | Monitor |
>& | Error Code | Lain-lain (selalunya memory) |
>> | 305 error code | Papan kekunci |
Beberapa > | Lain-lain | Bekalan kuasa |
Beberapa > | Lain-lain | Bekalan kuasa |
Beep berterusan | Lain-lain | System board |
>& | Lain-lain | Monitor/Display adapter |
>&& | Lain-lain | Monitor/Display adapter |
5. Semak semua bahan yang sepatutnya di plug: Nampaknya ia merupakan sesuatu yang remeh. Bila
anda berada dalam keadaan sibuk, mungkin anda terlupa untuk memastikan perkara ini.
6. Semak semua kabel dan suiz: Kabel yang tidak diskru akan longgar selepas beberapa ketika. Ini lebih ketara bagi kabel yang disambungkan terus daripada "controller card" kepada peranti dalaman.
7. Lihat tanda-tanda terlebih panas (overheating) dan sejukkan dengan menyembur udara: Untuk menguji tanda-tanda ini, matikan pc anda lebih kurang satujam dan hidupkan semula. Adakah masalah yang anda hadapi berlaku semula dengan serta merta atau selepas beberapa ketika. Jika ianya berlaku selepas beberapa ketika, ini menunjukkan bahawa terdapatnya kompenan yang tidak berfungsi bila ianya terlalu panas. Faktor utama yang menjadi penyebab ialah lapisan habuk yang terkumpul. Pastikan dengan merasa kompenan tertentu dan bersihkan dengan "canned air".
8. Bersihkan semua sambungandan letakkan semula semua kadtambahan: Pada hakikatnya semua "expension board" diletakkan dengan kuat pada soket. Perubahan suhu sering kali menyebabkan sambungan ini menjadi longgar. Bersihkan dengan menggunakan pencuci bukan pelincir. Jangan guna kapas atau lain-lain yang dapat meninggalkan gentian pada pc. Gunakan "lint-free swabs" untuk mencuci. Bersihkan semua habuk yang terdapat pada penyambung kabel dikad tambahan, pemacu dan lain-lain peranti.
9. Letak semula (Reseat) chip ke dalam soket: Semak semula semua chip yang terdapat di papan utama. Sesetengah chip ini diletakkan terus kepada papan utama dan setengahnya pula di masukkan ke dalam soket yang dipaterikan kepada papan utama. Chipyang dimasukkan ke dalam soket sering kali mengalami masalah. Penyebab utama kepada masalah ini ialah perubahan suhu. Pastikan ianya diletakkan semula dengan sempurna dengan menekan pada kedudukannya. Adalah sangat penting untuk menyokong papan litar semasa menekan untuk mengelakkannya dari bengkok dan memutuskan sambungan.
10. Lihat sumber-sumber berhampiran seperti radio atau gangguan lat elektrik lain: Masalah kursor bergerak sendiri walaupun tetikus tidak digerakkan dan paparan pada monitor tidaksempurna adalah disebsbkan faktor ini. Jauhkan alat-alat tersebut untuk mengelak gangguan.
11. Kurangkan sambungan kepada sumber kuasa: Kadang-kadang sumber kuasa yang disambungkan kepada pemacu-pemacu dan slot tambahan yang berbagai. Dengan itu keperluan terhadap bekalan kuasa melebihi dari apa yang dapat dibekalkan oleh sumber kuasa. Bunyi beep yang berterusan semasa boot-up adalah tanda masalah yang melibatkan bekalan kuasa (Rujuk langkah 4). Bekalan kuasa anda mungkin tidak dapat melayan semua keperluan, dengan itu anda perlulah membuang sambungan kepada kompenan-kompenan yang kurang penting atau menukar kotak bekalan kuasa kepada yang lebih berupaya.
12. Gantikan beteri CMOS: Bila pc melalui proses boot-up, signal dihantar untuk menguji kehadiran jenis-jenis perkakasan tertentu dan membandingkan dengan maklumat yang disimpan di dalam CMOS. Maklumay yang disimpan dalam CMOS terus kekal dengan kehadiran bekalan kuasa dari beteri walaupun kita mematikan komputer. Jika beteri tidak di peterikan pada pemegang, anda boleh mengantikannya dengan beteri baru yang sesuai.
CARTA MESEJ RALAT SISTEM
MESEJ RALAT | ULASAN/TINDAKAN |
CMOS Battery Bad | |
Cache Controller Error | Sistem dapat mengesan ralat dalam fungsi controller memori cache |
Cache Memory Error | Sistem telah mengesan ralat pada operasi memori cache |
CMOS Checksum Error | Sistem telah mengesan ralat dalam storan maklumat pada RAM CMOS. Jalankan SETUP untuk set semula semau nilai di memori CMOS. Kiranya ralat itu masih berlaku menandakan modul RAM CMOS telah rosak dan tidak dapat mengekalkan nilai-nilai dalam setup. Tukar atau ganti modul yang rosak itu. |
80 x 87 (SX) Coprocessor Mismatch | Coprosessor mathematik yang ditambah dalam sistem adalah tidak sepadan dengan data konfigurasi setup. Jalankan semula setup dan setkan konfigurasi |
Diskette Drive Controller Error | Ada tiga sebab berlakunya ralat pada controller : 1. Tidak ada kabel bekalan kuasa ke pemacu 2. Kabel controller pemacu yang lebar dimasukkan ke penghubung yang salah di papan sistem 3. Pemacu disket telah rosak. Periksa semua hubungan kabel disket dengan controller dan bekalan kuasa. Ganti pemacu jika ia didapati rosak |
Disket Drive Error | Jalankan setup dan setkan konfigurasi nilai pemacu disket. Kiranya ia telah disetkan dengan betul dan pemacu telah dipasang dengan teratur, masalahnya mungkin pemacunya telah rosak. Gantikan pemacu disket dengan yang baru |
Dikette Drive Type Mismatch | Disket itu bukan yang sepadan. Gantikan disket yang lain |
Display Card Mismatch | Kad penayang video yang dipasang di dalam sistem adalah berkonflik degan data konfigurasi setup. Mulakan semula setup dan setkan konfigurasi kad penayang video dengan betul |
Equipment Configurasi Error | Jalankan program setup semula untuk memeriksa nilai konfigurasi sistem. Betulkan mana-,mana nilai konfigurasi yang tidaksepadan dengan peranti (divice) yang dipasang di dalam sistem |
Fixed Disk 0 Error Fixed Disk 1 Error | Pertama periksa nilai konfigurasi cekera keras pada setup. Kemudian periksa semua hubungan kabel untuk menentukan pemansangan yang betul |
Fixed Disk 0 Extended Type Error Fixed Disk 1 Extended Type Error | Nilai configurasi cekera keras dalan setup tidak betul. Tekan Ctrl-Alt-Esc atau Ctrl-Alt-Del untuk jalankan setup dan setkan parameter pemancu keras yang betul |
Insert System Diskette and press | Terdapat disket yang bukan sistem disket di dalam pemancu semasa booting sistem. Keluarkan disket tersebut dan boot semula (reboot) sistem daripada sistem disket atau cekera keras untuk memuatkan sistem pengoperasian ke dalam memori sistem |
I/O Parity Error | Operasi capaian I/O idak berfungsi dengan betul.Sila hubungi pembekal anda |
Keyboard Error or no keyboard Connecter | Ralat ini mungkin disebabkan oleh sambungan kabel papan kekunci tidak betul atau papan kekunci itu telah rosak. Periksa sambungan kabel papan kekunci ke unit sistem. Sekiranya tidak ada masalah dengan sambungan tersebut, papan kekunci itu perlu diserviskan |
Keyboard Interface Error | Ralat hubungan antara muka di antara papan kekunci dengan papan siste. Mungkin sambungannya tidak betu. Periksa sambungan dan jika tidak ada masala, papan kunci perlu diservis. |
Keyboard Locked | Tidak membenarkan penggunaan fungsi papan kekunci jika menguncikannya. Pusing kunci ke dudukan buka semula papan kekunci |
Memory Error | Terdapat kerosakan ke atas DRAM papan sistem, modul SIMM atau kad memori. Ganti balik modul memori di papan sistem |
Memory Size Mismatch | Sistem telah mengesan nilai konfigurasi pada setup tidak sama dengan memori yang dimasukkan. Tekan Ctrl-Alt-Esc atau Ctrl-Alt-Del untuk jalankan setup. Ini akan memulihkan semula dan membetulkan ralat tersebut. |
On-Board COM1 Enabled Automatically | Kiranya video tidak wujud, sistem akan memeriksa sama ada COM2 wujud atau tidak secara automatik. Sistem akan membolehkan COM1 secara automatik jika COM1 wujud. |
Paraller Port 1 Conflict, Disable On-Board Parellel 1 | Jalankan semula setup |
Paraller Port 2 Conflict, Disable On-Board Parellel 2 | Jalankan semula setup |
Pointing Device Error | Ralat ini boleh disebabkan oleh sama ada sambungannya tidak betul atau peranti (Divice) yang rosak. Periksa tetikus supaya ia terhubung dengan betul dengan unit sistem dan driver tetikus telah dimuatkan ke dalam sistem dengan sempurna. Jika peranti tetikus itu rosak, gantikan dengan yang baru |
Press Esc to turn off NMI, or any other key to reboot. | Sistem telah mengesan ada ralat NMi (non-maskable interrupt). tekan Esc untuk jangan memperdulikan ralat tersebut, atau mana-mana kunci untuk reboot sistem dan memadam / menghilangkan NMI. |
Press F1 to Setup or any other key to Continue ... | Tekan F1 dan buat konfigurasi sistem. |
Press F1 to continue or Ctrl-Alt-Esc / Ctrl-Alt-Del for Setup. | Suatu ralat konfigurasi Sistem telah dikesan. Masuk ke dalam Setup untuk mengkonfigurasi semula sistem dengan nilai-nilai yang betul bagi peralatan yang telah dipasangkan. |
Press 1 key to enter Setup or other key to continue... | Sistem telah mengesan ada terminal digunakan dan bukannya monitor. tekan 1 untuk pergi ke menu Setup dan periksa konfigurasi. Lain-lain kunci akan pintas menu Setup. |
Protected Mode Test Fail | Ini adalah ralat dalam set arahan mod pelindung (protected mode) CPU. Dalam keadaan ini sistem masih boleh beroperasi di bawah mod sebenar (real mode) dalam persekitaran Dos. Hubungi pembekal anda. |
RAM BIOS Bad | Mesej ini timbul apabila ralat "firmware" terjadi di modul EPROM pada papan sistem (sistem box). Baik-pulih atau gantikan modul yang ridak boleh dipakai lagi. Hubungi pembekal anda. |
RAM BIOS not exist | Mesej ini timbul apabila pengguana mencuba untuk membolehkashadow RAM sistem tetapi shadow RAM sistem sememangnya tidak wujud. Hubungi pembekal anda. |
RAM Parity Error | Modul RAM atau SIMM pada papan sistem tidak berfungsi dengan betul. Ganti modul yang telah rosak. |
RAM Video not supported for AST 3G Plus II | Sistem secara automatik akan melumpuhkan RAM Video semasa POST apabila menggunakan AST 3G Plus II. Mesej ini mengesan kad video AST 3G Plus II pada papan sistem. |
Masalah Bekalan Kuasa Arus Ulang-Alik (AC)
| | |
| Bekalan kuasa tidak sampai |
|
Bekalan Kuasa Arus Ulang-Alik (DC)
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
Bateri
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
Ralat Memori
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
Ralat Cakera
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah Paparan Biasa
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
|
|
|
|
| Gantikan dengan kad video yang sesuai |
|
|
|
|
|
|
Masalah Biasa Pencetak
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa menyala dan sambungan kabel kemas dan port pencetak berfungsi) |
|
|
Masalah Alat Penunjuk
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
|
|
|
Masalah Biasa Bagi Cakera Keras dan Cakera Liut
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Simtom | Jangkaan | Penyelesaian |
|
|
|
|
|
|
thanks