Tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan bulan Zulhijjah. Ini berbeza dengan Tahun Masihi yang dimulakan dengan Januari dan berakhir dengan Disember.
Sejarah Tahun Hijrah bermula dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah akibat penentangan orang kafir Mekah di samping pelawaan oleh golongan Ansar yang menyokong Nabi di Madinah. Dalam konteks lebih luas, hijrah bermaksud kita berusaha meninggalkan sesuatu yang buruk dan menuju kepada keadaan yang lebih baik.