Cool Neon Green Outer Glow Pointer
zuraida zulhilmi

Microsoft Office 2010 bersama dengan Activator




Microsoft Office 2010 Toolkit and EZ-Activator v2.2.3 Final

How to use :

  1. disable your antivirus first (because it was detected as a virus ).
  2. Close your microsoft office open .zip file you are downloaded ==> run Activator.exe.
  3. Click EZ-Activator Button.
  4. Enable your AV, if detect virus or something remove it.
  5. Your Microsoft Office is Activated.



Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓





zuraida zulhilmi

Selimut saya terbuka! Dibuka! Ya ALLAH, seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam, “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” dia bertanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati dan menyorok muka dan tubuh saya.

Kemudian saya cuba jawab dengan yakin, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas.” Yang ada pada saya hanya cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya.

“Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini sememangnya tiada apa yang dicarinya. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju di dalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi, namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini.

Separuh daripada diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal de­ngan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya.
Adakala bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ia mengambil masa untuk dilupakan.

Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurinya rencah di dalam kuali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. ALLAH mahu membersihkan kami.

“Syukur Ya ALLAH” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup berbuat begini? Mencuri demi wang ringgit semata-mata.

Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran kepada mereka, “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”.

Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam di kamar birunya. Diikatnya tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata, “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Di saat itu, saya berjanji pada diri, sekiranya orang ini cuba mengapa-apakan saya, saya akan bermati-matian hingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir dalam badan saya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya beri dan letakkan keselamatan diri mereka kepada ALLAH sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya ALLAH memelihara mereka.

“Imran!!!” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya.

“Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. ALLAH, sucinya anak ini. Belum mengerti apa-apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. ‘Sword’ Imran tak akan mungkin membantu. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk di kaki saya. Alhamdulillah, kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya, “barang kemas mana?” Ikhwan berkata, “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaALLAH, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu.

Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Peliharalah aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji ALLAH itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab, membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci di hadapan.

Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya benar! ALLAH SWT.

Yang masih trauma,
WARDINA





Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓





zuraida zulhilmi












Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓




zuraida zulhilmi
SINDIKET penipuan sedang berleluasa di Internet dimana mereka meyakinkan pengguna Facebook Timeline bahawa mereka boleh kembali kepada rupa facebook yang asal dan menyebabkan data pengguna terdedah dan boleh diakses dengan mudah.

Penipu menggunakan aplikasi di Facebook untuk menawarkan pengguna satu kaedah untuk mengembalikan perubahan Timeline Facebook dan kembali ke profil lama. Bentuk penipuan permohonan adalah dengan menggunakan gelaran seperti "Nyahaktifkan Timeline FB" dan boleh didapati dengan mudah melalui fungsi carian Facebook. Dengan menyukai permohonan dan berinteraksi dengan arahan pada halaman ini, pengguna secara tidak sengaja memberikan peluang kepada penipu untuk mengakses profil Facebook dan membenarkan penipu mengepos mesej spam dengan pautan secara automatik yang akhirnya memberi pulangan wang kepada kumpulan sindiket penipuan ini selepas seseorang mengklik pautan.



Sesetengah aplikasi penipuan yang telah wujud sekurang-kurangnya telah mengumpul lebih 70,000 likes dari pengguna Facebook yang tidak curiga dalam dua minggu. Banyak permohonan akan menggalakkan peminat yang "like" untuk menjemput rakan-rakan mereka juga. Laman Keselamatan Facebook utama tidak memberi amaran kepada pengguna tentang penipuan ini kerana pihak pengurusan Facebook belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu pengguna bahawa Timeline tidak boleh dinyahaktifkan apabila ciri tersebut telah diaktifkan pada profil pengguna. Facebook Timeline telah mula mendapat sambutan oleh pengguna sejak 15 Disember lalu, tetapi tidak semua pengguna Facebook telah mengaktifkan ciri tersebut. Facebook telah memparkenalkan kemas kini untuk pengguna iPhone yang merangkumi ciri Timeline baru pada profil.

Reaksi orang ramai kepada Timeline Facebook agak negatif sejak ciri baru itu diperkenalkan pada akhir bulan September 2011. Di samping itu, pelancaran Facebook Timeline telah berterusan ditangguhkan oleh pegawai-pegawai syarikat dalam tempoh tiga bulan terakhir 2011. Walau bagaimanapun, pengguna yang telah beralih kepada Facebook Timeline mengambil kesempatan daripada ciri baru seperti gambar muka, memperincikan peristiwa-peristiwa hidup sebelumnya dan meningkatkan keselamatan pada paparan-paparan terdahulu.

Sumber : freemalay.blogspot.com




Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓




zuraida zulhilmi


MASALAH BIASA PC DAN PENYELESAIANNYA

Komputer peribadi adalah alat elektronik yang boleh mengalamai kerosakan. Sebagai pengguna kita perlu mengetahui dan mengenalpasti sebarang masalah biasa yang sering berlaku terhadap komputer peribadi. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih besar disampin dapat menjimatkan masa dan wang.


Langkah Penting:
1. Jangan Panik: Bila sesuatu yang tidak betul berlaku kepada pc, anada perlu mengalih pandangan dengan melakukan perkara lain seperti minum secawan kopi atau sekeping roti. Dengan cara ini, anda akan dapat merasa tenang dan lebih bersedia untuk melakukan sesuatu dengan mengikuti langkah-langkah berikutnya.

2. Harap sesuatu yang luar biasa akanberlaku: Terdapat juga banyak kejadian yang tidak dapat diterangkan dengan mudah, tetapi sering berlaku. Kadangkala apabila anda dapati masalah dengan komputer andam anda hanya perlu mematikan suiz pada pc dan hidupkan semula selepas seketika dan anda mendapati segala masalah yang anda hadapi sebelumnya akan hilang. Komputer anda dapatberfungsi seperti sediakal.

3. Permudahkan masalah: Apabila didapati pc anda mengalami masalah, bukan semua bahagian yang terdapat di dalam pc menjadi penyebab. Selalunya satu kompenan tertentu sahaja yang menjadi penyebab. Contohnya bila anda tidak dapat mencetak dokumen tertentu, punca masalah mungkin disebabkan perisian pencetak, kabel dari pc ke pencetak atau bagaimana anda membuat setup terhadap Windows. Semak "error massage" yang dipaparkan dan cuba tutup dan buka semula pc. Sekiranya masih juga tidak dapat mencetak, cuba keluar dari Applikasi Windows dan cetak dengan menggunakan arahan dalan DOS. Semua langkah yang disarankan diatas bertujuan untuk memudahkan masalah dan mencari penyebab kepada masalah tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan untuk memudahkan masalah adalah seperti berikut:

a) Buat ramalan untuk menentukan apakah kompenan yang besar kemungkinan menjadi penyebab
kepada masalahtersebut. Asingkan masalah tersebut kepada masalah perkakasan atau
perisian. Misalnya jika monitor tidak mempamirkan paparan yang sepatutnya, kemungkinan
yang bermasalah ialah mungkin monitor atau "video adapter".

b) Semak apakah perubahan terkini yang telah anda lakukan kepada pc anda. Kesan-kesan dari
instalasi kad baru atau 'driver" kepada perkakasan tertentu tidak ditunjukkan dengan serta
merta. Kesan yang lain akibat dari pertambahan ini ialah kita perlu membuat perubahan kepada
CONGIG.SYS atau AUTOEXEC.BAT. Atas alasan ini, kita perlu membuat "back-up" kepada
kedua-dua fail ini sebelum menambah perkakasan baru. Jika anda memasukkan perisian yang
berasaskan Windows, anda juga perlu back-up WIN.INI dan SYSTEM.INI. Dengan cara ini, jika
terjadi sesuatu masalah, kita boleh melakukan proses menyalin semula.

c) Perisian atau perkakasan?. Kebanyakkan daripada masalah yang timbul disebabkan oleh
perisian dan "memory conflicts". Uji pc anda dengan perisian yang berbeza sebelum anda
beralih kepada perkakasan.

d) Tukar kompenan dari komputer yang lain. Uji semula komputer anda dengan mengambil
kompenan dari komputer yang baik dan cuba kepada komputer yang rosak. Adakah masalah
yang anda hadapi dapat diatasi? Sekiranya ia dapat diatasi ganti dengan kompenan tersebut.

4. Beri perhatian kepada pc semasa proses "Book-up". Paparan di monitor semasa ujian POST dan semasa pc melaksanakan program dari CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT selalunya dapat
membantu kita mengenali masalah. Selalunya paparanini akan digulung dengan cepat dan anda perlu menekan kekunci F5 untuk mendapat paparan dalam bentuk baris demi baris. Anda perlu menjawab soalan untuk bergerak ke baris berikutnya. Dengan cara ini segala mesej yang dipaparkan dapat dianalisis. Dengan juga bunyi yang dihasilkan semasa proses "book-up" bunyi beep yang dihasilkan juga dapat memberi maklumat.

( (Beeps)
> = Pendek
&& = Panjang

Paparan
Kemungkinan Masalah
Tiada Tiada Bekalan kuasa
Tiada Kursor sahaja Bekalan kuasa
Tiada DOS Prompt Speaker
> DOS Prompt Normal
> Paparan Asas Disk
> Tiada Monitor
>& Error Code Lain-lain (selalunya memory)
>> 305 error code Papan kekunci
Beberapa > Lain-lain Bekalan kuasa
Beberapa > Lain-lain Bekalan kuasa
Beep berterusan Lain-lain System board
>& Lain-lain Monitor/Display adapter
>&& Lain-lain Monitor/Display adapter

5. Semak semua bahan yang sepatutnya di plug: Nampaknya ia merupakan sesuatu yang remeh. Bila
anda berada dalam keadaan sibuk, mungkin anda terlupa untuk memastikan perkara ini.

6. Semak semua kabel dan suiz: Kabel yang tidak diskru akan longgar selepas beberapa ketika. Ini lebih ketara bagi kabel yang disambungkan terus daripada "controller card" kepada peranti dalaman.

7. Lihat tanda-tanda terlebih panas (overheating) dan sejukkan dengan menyembur udara: Untuk menguji tanda-tanda ini, matikan pc anda lebih kurang satujam dan hidupkan semula. Adakah masalah yang anda hadapi berlaku semula dengan serta merta atau selepas beberapa ketika. Jika ianya berlaku selepas beberapa ketika, ini menunjukkan bahawa terdapatnya kompenan yang tidak berfungsi bila ianya terlalu panas. Faktor utama yang menjadi penyebab ialah lapisan habuk yang terkumpul. Pastikan dengan merasa kompenan tertentu dan bersihkan dengan "canned air".

8. Bersihkan semua sambungandan letakkan semula semua kadtambahan: Pada hakikatnya semua "expension board" diletakkan dengan kuat pada soket. Perubahan suhu sering kali menyebabkan sambungan ini menjadi longgar. Bersihkan dengan menggunakan pencuci bukan pelincir. Jangan guna kapas atau lain-lain yang dapat meninggalkan gentian pada pc. Gunakan "lint-free swabs" untuk mencuci. Bersihkan semua habuk yang terdapat pada penyambung kabel dikad tambahan, pemacu dan lain-lain peranti.

9. Letak semula (Reseat) chip ke dalam soket: Semak semula semua chip yang terdapat di papan utama. Sesetengah chip ini diletakkan terus kepada papan utama dan setengahnya pula di masukkan ke dalam soket yang dipaterikan kepada papan utama. Chipyang dimasukkan ke dalam soket sering kali mengalami masalah. Penyebab utama kepada masalah ini ialah perubahan suhu. Pastikan ianya diletakkan semula dengan sempurna dengan menekan pada kedudukannya. Adalah sangat penting untuk menyokong papan litar semasa menekan untuk mengelakkannya dari bengkok dan memutuskan sambungan.

10. Lihat sumber-sumber berhampiran seperti radio atau gangguan lat elektrik lain: Masalah kursor bergerak sendiri walaupun tetikus tidak digerakkan dan paparan pada monitor tidaksempurna adalah disebsbkan faktor ini. Jauhkan alat-alat tersebut untuk mengelak gangguan.

11. Kurangkan sambungan kepada sumber kuasa: Kadang-kadang sumber kuasa yang disambungkan kepada pemacu-pemacu dan slot tambahan yang berbagai. Dengan itu keperluan terhadap bekalan kuasa melebihi dari apa yang dapat dibekalkan oleh sumber kuasa. Bunyi beep yang berterusan semasa boot-up adalah tanda masalah yang melibatkan bekalan kuasa (Rujuk langkah 4). Bekalan kuasa anda mungkin tidak dapat melayan semua keperluan, dengan itu anda perlulah membuang sambungan kepada kompenan-kompenan yang kurang penting atau menukar kotak bekalan kuasa kepada yang lebih berupaya.

12. Gantikan beteri CMOS: Bila pc melalui proses boot-up, signal dihantar untuk menguji kehadiran jenis-jenis perkakasan tertentu dan membandingkan dengan maklumat yang disimpan di dalam CMOS. Maklumay yang disimpan dalam CMOS terus kekal dengan kehadiran bekalan kuasa dari beteri walaupun kita mematikan komputer. Jika beteri tidak di peterikan pada pemegang, anda boleh mengantikannya dengan beteri baru yang sesuai.

CARTA MESEJ RALAT SISTEM

MESEJ RALAT ULASAN/TINDAKAN
CMOS Battery Bad
Cache Controller Error Sistem dapat mengesan ralat dalam fungsi controller memori cache
Cache Memory Error Sistem telah mengesan ralat pada operasi memori cache
CMOS Checksum Error Sistem telah mengesan ralat dalam storan maklumat pada RAM CMOS. Jalankan SETUP untuk set semula semau nilai di memori CMOS. Kiranya ralat itu masih berlaku menandakan modul RAM CMOS telah rosak dan tidak dapat mengekalkan nilai-nilai dalam setup. Tukar atau ganti modul yang rosak itu.
80 x 87 (SX) Coprocessor Mismatch Coprosessor mathematik yang ditambah dalam sistem adalah tidak sepadan dengan data konfigurasi setup. Jalankan semula setup dan setkan konfigurasi
Diskette Drive Controller Error Ada tiga sebab berlakunya ralat pada controller :
1. Tidak ada kabel bekalan kuasa ke pemacu
2. Kabel controller pemacu yang lebar dimasukkan ke penghubung yang salah di papan sistem
3. Pemacu disket telah rosak. Periksa semua hubungan kabel disket dengan controller dan bekalan kuasa. Ganti pemacu jika ia didapati rosak
Disket Drive Error Jalankan setup dan setkan konfigurasi nilai pemacu disket. Kiranya ia telah disetkan dengan betul dan pemacu telah dipasang dengan teratur, masalahnya mungkin pemacunya telah rosak. Gantikan pemacu disket dengan yang baru
Dikette Drive Type Mismatch Disket itu bukan yang sepadan. Gantikan disket yang lain
Display Card Mismatch Kad penayang video yang dipasang di dalam sistem adalah berkonflik degan data konfigurasi setup. Mulakan semula setup dan setkan konfigurasi kad penayang video dengan betul
Equipment Configurasi Error Jalankan program setup semula untuk memeriksa nilai konfigurasi sistem. Betulkan mana-,mana nilai konfigurasi yang tidaksepadan dengan peranti (divice) yang dipasang di dalam sistem
Fixed Disk 0 Error
Fixed Disk 1 Error
Pertama periksa nilai konfigurasi cekera keras pada setup. Kemudian periksa semua hubungan kabel untuk menentukan pemansangan yang betul
Fixed Disk 0 Extended Type Error
Fixed Disk 1 Extended Type Error
Nilai configurasi cekera keras dalan setup tidak betul. Tekan Ctrl-Alt-Esc atau Ctrl-Alt-Del untuk jalankan setup dan setkan parameter pemancu keras yang betul
Insert System Diskette and press
key to reboot
Terdapat disket yang bukan sistem disket di dalam pemancu semasa booting sistem. Keluarkan disket tersebut dan boot semula (reboot) sistem daripada sistem disket atau cekera keras untuk memuatkan sistem pengoperasian ke dalam memori sistem
I/O Parity Error Operasi capaian I/O idak berfungsi dengan betul.Sila hubungi pembekal anda
Keyboard Error or no
keyboard Connecter
Ralat ini mungkin disebabkan oleh sambungan kabel papan kekunci tidak betul atau papan kekunci itu telah rosak. Periksa sambungan kabel papan kekunci ke unit sistem. Sekiranya tidak ada masalah dengan sambungan tersebut, papan kekunci itu perlu diserviskan
Keyboard Interface Error Ralat hubungan antara muka di antara papan kekunci dengan papan siste. Mungkin sambungannya tidak betu. Periksa sambungan dan jika tidak ada masala, papan kunci perlu diservis.
Keyboard Locked Tidak membenarkan penggunaan fungsi papan kekunci jika menguncikannya. Pusing kunci ke dudukan buka semula papan kekunci
Memory Error Terdapat kerosakan ke atas DRAM papan sistem, modul SIMM atau kad memori. Ganti balik modul memori di papan sistem
Memory Size Mismatch Sistem telah mengesan nilai konfigurasi pada setup tidak sama dengan memori yang dimasukkan. Tekan Ctrl-Alt-Esc atau Ctrl-Alt-Del untuk jalankan setup. Ini akan memulihkan semula dan membetulkan ralat tersebut.
On-Board COM1 Enabled
Automatically
Kiranya video tidak wujud, sistem akan memeriksa sama ada COM2 wujud atau tidak secara automatik. Sistem akan membolehkan COM1 secara automatik jika COM1 wujud.
Paraller Port 1 Conflict,
Disable On-Board Parellel 1
Jalankan semula setup
Paraller Port 2 Conflict,
Disable On-Board Parellel 2
Jalankan semula setup
Pointing Device Error Ralat ini boleh disebabkan oleh sama ada sambungannya tidak betul atau peranti (Divice) yang rosak. Periksa tetikus supaya ia terhubung dengan betul dengan unit sistem dan driver tetikus telah dimuatkan ke dalam sistem dengan sempurna. Jika peranti tetikus itu rosak, gantikan dengan yang baru
Press Esc to turn off NMI, or any other key to reboot. Sistem telah mengesan ada ralat NMi (non-maskable interrupt). tekan Esc untuk jangan memperdulikan ralat tersebut, atau mana-mana kunci untuk reboot sistem dan memadam / menghilangkan NMI.
Press F1 to Setup or any other key to Continue ... Tekan F1 dan buat konfigurasi sistem.
Press F1 to continue or Ctrl-Alt-Esc / Ctrl-Alt-Del for Setup. Suatu ralat konfigurasi Sistem telah dikesan. Masuk ke dalam Setup untuk mengkonfigurasi semula sistem dengan nilai-nilai yang betul bagi peralatan yang telah dipasangkan.
Press 1 key to enter Setup or other key to continue... Sistem telah mengesan ada terminal digunakan dan bukannya monitor. tekan 1 untuk pergi ke menu Setup dan periksa konfigurasi. Lain-lain kunci akan pintas menu Setup.
Protected Mode Test Fail Ini adalah ralat dalam set arahan mod pelindung (protected mode) CPU. Dalam keadaan ini sistem masih boleh beroperasi di bawah mod sebenar (real mode) dalam persekitaran Dos. Hubungi pembekal anda.
RAM BIOS Bad Mesej ini timbul apabila ralat "firmware" terjadi di modul EPROM pada papan sistem (sistem box). Baik-pulih atau gantikan modul yang ridak boleh dipakai lagi. Hubungi pembekal anda.
RAM BIOS not exist Mesej ini timbul apabila pengguana mencuba untuk membolehkashadow RAM sistem tetapi shadow RAM sistem sememangnya tidak wujud. Hubungi pembekal anda.
RAM Parity Error Modul RAM atau SIMM pada papan sistem tidak berfungsi dengan betul. Ganti modul yang telah rosak.
RAM Video not supported for AST 3G Plus II Sistem secara automatik akan melumpuhkan RAM Video semasa POST apabila menggunakan AST 3G Plus II. Mesej ini mengesan kad video AST 3G Plus II pada papan sistem.

Masalah Bekalan Kuasa Arus Ulang-Alik (AC)

Simtom
Jangkaan
Penyelesaian
  • Tiada gerak balas dari sistem.
  • Tiada paparan.
  • Tiada lampu pada papan kekunci.
  • Tiada bunyi kipas.
  • Tiada beep.
  • Mesej ralat 01x 02x
Bekalan kuasa tidak sampai
  • Ganti soket
  • ganti kabel kuasa
  • pastikan bekalan kuasa sesuai (110/220V)

Bekalan Kuasa Arus Ulang-Alik (DC)

Simtom Jangkaan Penyelesaian
  • Terdapat tanda-tanda ada bekalan kuasa tetapi sistem tidak beroperasi
  • Kipas bermula dan berhenti
  • Mesej ralat 01x atau 02x
  • Selepas komputer bermula dengan baik, ianya berhenti secara tiba-tiba
  • Sambungan kuasa
  • Pemilihan sumber kuasa masuk tidak betul sama ada 110V atau 220V
  • Semak sambungan
  • Set voltan dengan tepat
  • Ganti bekalan kuasa
  • Semak sistem adakah ia terlalu panas

Bateri

Simtom Jangkaan
Penyelesaian

  • Hilang tarikh/masa,memori, atau maklumat berhubung dengan sistem cakera
  • Mesej ralat 01x,02x,102,103,161,162,163,164,199, atau 17xx
  • Bunyi beep yang panjang
  • Ralat CMOS RAM
  • Ralat saiz memori
  • Ralat dalam konfigurasi pemacu cakera
  • Bateri di dalam pc
  • Cip CMOS RAM

  • Tukar Bateri CMOS

Ralat Memori

Simtom Jangkaan Penyelesaian
  • Ralat dalam saiz memori
  • Memori tidak mencukupi
  • Ralat dua beep pendek
  • Mesej 2xx
  • Parity check 1 or 2,atau ?????
  • Sistem pegun (Hang)
  • Cip memori longgor
  • CMOS setup
  • Kerosakan cip memori/kad
  • Cip memori tambahan
  • Ketatkan cip memori pada soketnya
  • Ketatkan ked memori
  • Semak CMOS
  • Gantikan cip memori atau kad

Ralat Cakera

Simtom
Jangkaan Penyelesaian
  • Ralat mesej dalam lingkungan 6xx atau 73xx
  • Pemacu cekera liut
  • Kad adapter pemacu cakera liut
  • Semak bekalan kuasa ke pemacu dan kabel data
  • Tukar pemacu
  • Semak sambungan dari adapter ke papan utama
  • Ganti kad adapter
  • Ralat mesej dalam lingkungan 17xx atau 104xx
  • Pemacu cakera keras
  • Kad adapter pemacu cakera keras
  • Semak bekalan kuasa ke pemacu dan kabel data
  • Tukar pemacu
  • Semak sambungan dari adapter ke papan utama
  • Ganti kad adapter
  • Non-system Disk or disk error
  • Cakera yang tidak ada fail sistem berada di dalam pemacu A
  • Hilang fail sistem
  • Keluarkan cakera liut dari pemacu A
  • Laksanakan program system untuk masukkan sistem
  • General error reading drive x
  • Invalid drive spesification
  • Drive not ready
  • Pemacu gagal berfungsi
  • Cakera tidak diformat
  • Tingkap pemacu tidak ditutup
  • Gantikan pemacu cakera atau cakera
  • Tutup tingkap pemacu yang berkaitan

Masalah Paparan Biasa

Simtom Jangkaan Penyelesaian
  • Tiada paparan
  • Penyambung bekalan kuasa
  • Kabel paparan ke adapter
  • Monitor
  • CMOS setup bagi mode video
  • Kad video mungkin rosak
  • Jika tiada beep, masalah paparan utama
  • Beep lebih dari satukali dan eorormesej menunjukkan "video setting" tidak betul atau kadvideo rosak
  • Satu beep pendek
  • Satu beep panjang dan dua pendek
  • Papan utama "switch setting" atau CMOS setup
  • Kad video
  • Semak swich papan utama atau CMOS setup
  • Ganti kad video
  • Paparan ralat 5xx (CGA)
  • Paparan ralat 24xx (EGA)
  • Paparan ralat 74xx (VGA)
  • Kad vodeo mengalami kerosakan
Gantikan dengan kad video yang sesuai
  • Paparan yang kabur, dan tidak tepat
  • Pelaras monitor
  • Kerosakan kad video
  • Laras semula monitor
  • Gantikan kad video
  • Bunyi "pop" dan berbau terbakar (Electrical smells)
  • Monitor kotor atau berhabuk
  • Kerosakan pada bekalan voltan tinggi
  • Selenggaradan bersihkan monitor

Masalah Biasa Pencetak

Simtom Jangkaan Penyelesaian
  • Tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa tidak kelihatan)
  • Pencetak tidak dihidupkan
  • Disambung kepada plug yang rosak
  • Hidupkan pencetak
  • Sambungkan kepada plug yang sesuai
  • Tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa menyala)
  • Butang On-line ditutup
  • Kabel pencetak tidak disambung dengan baik
  • Buka (on) butang on-line
  • Pastikan sambungan dikemaskan
  • Tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa menyala dan sambungan kabel kemas)
  • Port pencetak
  • Cuba lakukan cetakan paparan; Jika gagal ini adalah masalah port pencetak
tiada output dari pencetak (lampu bekalan kuasa menyala dan sambungan kabel kemas dan port pencetak berfungsi)
  • Kesilapan dalam setup perisian
  • Betulkan setup perisian

Masalah Alat Penunjuk

Simtom Jangkaan Penyelesaian
  • Penunjuk tidak berfungsi
  • Sambungan kabel salah
  • Driver salah
  • Bercanggah (conflict) dengan peralatan lain
  • Kemaskan sambungan kabel
  • Semak CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT dan driver agar sesuai dengan manual
  • Penunjuk kadangkala bergerak dan kadangkala berhenti bila digerakkan
  • Anda menggunakan Windows tetapi melaksanakan perisian bukan asas Windows atau anda melaksanakan perisian dengan driver sendiri sendiri
  • Jangan laksanakan perisian tersebut melalui windows

Masalah Biasa Bagi Cakera Keras dan Cakera Liut

Simtom Jangkaan Penyelesaian
  • Paparan "trak 0 bad- disk unusable"
  • Cakera rosak
  • Cakera tidak sesuai atau jenis format
  • Virus telah rosakkan track0
  • Tukar cakera atau formatsemula dengan betul
  • Paparan "invalid or missing COMMAND COM"
  • Terpadam Command com
  • Command com tidak berada di tempat sepatutnya
  • SHELL,SET, atau PARTH bagi Command com tidak tepat
  • Pastikan Command com berada pada direktori ass atau berada pada SHELL yang dinyatakan di CONFIG.SYS
  • Paparan "Invalid Parameter"
  • Masukkan arahan yang tidak dikenali oleh DOS Command
  • Pastikan arahan ditaip dengan betul
  • Paparan "Abort,Retry, Ignore, Fail
  • Tingkat pemacu tidakditutup
  • Pemacu tidakdapatmerasa kehadiran cakera
  • Cakera tidak diformat dengan betul
  • Program tidakdapat membaca atau menulis pada bahagian cakera
  • Pastikan tingkap ditutup
  • Cakera tidak diformat dengan betul
  • Pastikan pemacu yang betul seperti yang anda arahkan
  • Semak kehadiran Virus
  • Baiki kawasan cakera yang rosak dengan perisian utiliti
  • Paparan "File allocation Table Bad"
  • Kerosakan pada cakera, pemacu atau controller
  • Gangguan virus
  • Masalah program
  • Gunakan perisian utiliti dan baiki kerosakan
  • Paparan "General Failure Reading/Writing Drive x"
  • Pemacu, kabel, atau controller tidak disambung dengan sempurna
  • Maklumat dalam cakera telah terganggu kerana kegagalan perisian atau perkakasan
  • Kompenan yang terlalu panas
  • Kerosakan pada cache atau RAM
  • Pastikan segala sambungan sempurna dan controller diletakkan dengan kemas
  • Jika tidak dapat boot-up dari C, boot-up dari pemacu yang lain dan jalankan perisian utiliyi untuk mencari kerosakan
Masalah Kegagalan Cakera Keras yang Biasa
Simtom Jangkaan Penyelesaian
  • Pemacu tidak berpusing
  • Motor pemacu
  • Tidak cukup bekalan kuasa
  • Baiki atau ganti pemacu
  • Semaksambungan bekalan kuasa kepada pemacu
  • Semak bekalan kuasa atau tukar kepada yang lebih berkasa.
  • Pemacu mengeluarkan bunyi bernada tinggi
  • Kepala bersentuh dengan kepingan semasa berpusing
  • Ganti atau baiki pemacu.




Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓





zuraida zulhilmi









Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓




zuraida zulhilmi









>














Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

oh!belog

gengcyber.com

blogobo.com

JOM KITA TAMBAH DUIT - klik di bawah

Image hosted by servimg.com