Cool Neon Green Outer Glow Pointer
zuraida zulhilmi



mesti korang bosan gambar profile twitter korang kaku jek.. kat sini aku kasi cara-cara untuk bagi gambar profil twitter korang bergerak. baru best je tgk kan.. hehee..

mula-mula korang buka windows explorer, klik menu Tools, kemdian pilih Folder Options. hilangkan tanda ✔ pada bahagian Hide Extensions for known file types. kemudian klik ok. seperti contoh kat bawah ni...


bila dah selesai... cari gambar dalam bentuk animasi.gif. kemudian tukarkan format gif tu ke format PNG.. contoh animasi.gif ke animasi.png.



bila dah selesai, login twitter korang dan pilih setting - profile dan tukar kepada gambar yang korang buat tadi..


pastu save la.. tunngu sehingga selesai, dan lihat. gambar profile korang dah bergerak. kalau ada yang tak dapat buat tu. mungkin sebab saiz gambar tu besar, kene kecikkan ikut saiz yang twitter tu nak... ok.. bleh tgk contoh kat sini - zul_zirro


*selamat mencuba*





Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓




zuraida zulhilmi
penah tgk kan animasi stickman.. kali jom kita buat animasi sendiri.. menarik tu... kat bawah ni aku buat sebagai contoh tuk korang tgk..





Photobucket










Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓




zuraida zulhilmi

jangan tak percaya plak... spiderman ni pi blajar silat.. pastu pi bersilat kat kenduri kahwin oooo.. hehehe...









Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓




zuraida zulhilmi


hahaha... sejibik plak tgk bila johan n hafiz bersama... cuba tgk kat bawah ni.. sama x...








Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓




zuraida zulhilmi

Microsoft Office 2010 bersama dengan Activator




Microsoft Office 2010 Toolkit and EZ-Activator v2.2.3 Final

How to use :

  1. disable your antivirus first (because it was detected as a virus ).
  2. Close your microsoft office open .zip file you are downloaded ==> run Activator.exe.
  3. Click EZ-Activator Button.
  4. Enable your AV, if detect virus or something remove it.
  5. Your Microsoft Office is Activated.



Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓





zuraida zulhilmi

Selimut saya terbuka! Dibuka! Ya ALLAH, seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam, “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” dia bertanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati dan menyorok muka dan tubuh saya.

Kemudian saya cuba jawab dengan yakin, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas.” Yang ada pada saya hanya cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya.

“Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini sememangnya tiada apa yang dicarinya. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju di dalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi, namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini.

Separuh daripada diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal de­ngan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya.
Adakala bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ia mengambil masa untuk dilupakan.

Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurinya rencah di dalam kuali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. ALLAH mahu membersihkan kami.

“Syukur Ya ALLAH” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup berbuat begini? Mencuri demi wang ringgit semata-mata.

Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran kepada mereka, “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”.

Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam di kamar birunya. Diikatnya tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata, “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Di saat itu, saya berjanji pada diri, sekiranya orang ini cuba mengapa-apakan saya, saya akan bermati-matian hingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir dalam badan saya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya beri dan letakkan keselamatan diri mereka kepada ALLAH sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya ALLAH memelihara mereka.

“Imran!!!” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya.

“Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. ALLAH, sucinya anak ini. Belum mengerti apa-apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. ‘Sword’ Imran tak akan mungkin membantu. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk di kaki saya. Alhamdulillah, kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya, “barang kemas mana?” Ikhwan berkata, “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaALLAH, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu.

Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Peliharalah aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji ALLAH itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab, membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci di hadapan.

Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya benar! ALLAH SWT.

Yang masih trauma,
WARDINA





Jangan lupa klik tabung blog ni.. ↓





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

oh!belog

gengcyber.com

blogobo.com

JOM KITA TAMBAH DUIT - klik di bawah

Image hosted by servimg.com