Cool Neon Green Outer Glow Pointer
zuraida zulhilmi


Ciri-ciri botol susu bayi adalah "BPA Free" - susulan pengharaman botol BPA oleh kerajaan Malaysia

Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.




Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Kebiasaanya ada label PC dan 7

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.



Antara produk "BPA free" - banyak lagi rasanya produk2 lain




b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat (Botol susu yang mengandungi BPA)

* Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
* Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
* Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
* Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.



Selain tu utk makluman semua, botol air yang ada BPA ni banyak ada kt pasaran, kalau tengok label bawah botol ada tanda PC(7). Berdasarkan makluman kementerian kesihatan, botol BPA ni tak sesuai utk baby/kanak2 je. So kita yg org dewasa ni masih boleh guna.
4 Responses
  1. elly @ suely Says:

    mohon share, n sy post kat belog sy skali ye.....



  2. ida..nk share jugak la..rujukan masa akan datang walaupun tak dak anak lg huhu..


  3. no problemo liza...silakan =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

oh!belog

gengcyber.com

blogobo.com

JOM KITA TAMBAH DUIT - klik di bawah

Image hosted by servimg.com